17 November 2011

Dengar ceramah fahaman Syiah sampai lenguh kaki

Malam tadi saya ke Masjid Sultan Ismail, UTM untuk mendengar ceramah penjelasan fahaman Syiah oleh seorang ustaz dari ISMA. Dia ni syiah ke? Dah tentu bukan. Tapi dia ni banyak tahu jugalah pasal syiah.

Hampir 3 jam duduk situ dengar ceramah sampai nak lenguh kaki. Isu hangat, bila sampai sesi soal jawab, masing-masing nak tanya 2 soalan. Tanya satu sudahlah. Soalan pun kadang-kadang tak membina. Tapi saya respek seorang syiah dari Iran rasanya yang memberi pandangan tentang maksud 'maula' dan ahlul bait.

Walau apa pun, tahniah diucapkan kepada Pusat Islam UTM dan ISMA. Lepas ni, moga-moga adalah penjelasan daripada penganut syiah itu sendiri. Buat dialog. Dari tahun-tahun lepas saya dah tegaskan. Dialog. Hujah dibalas hujah. Tadi pun dah hampir berupa dialog bilamana dua orang syiah diberi peluang bertanya dan menyuarakan pendapat. Cuma masa agak terhad.


Syiah dan Sunni. Kita terpisah dari Ghadir Khum lagi. Kuncinya ada di sana.

Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad.

Khamis
21 Zulhijjah 1432
17 November 2011  

0 komen: