06 Mac 2011

Rahsia Mudah Orang Gembira #6

Bersua kembali kita untuk hari yang keenam... Apa rahsia yang saya nak dedahkan hari ni ya?

Bijak memilih perbandingan diri

Maksudnya, kalau kita nak bandingkan diri kita dengan orang lain, kita tak boleh semberono.. tapi bijak... kena pilih perbandingan yang betul.. barulah kita puas hati dan happy...

Islam mengajar kita untuk selalu melihat orang di bawah supaya kita sentiasa bersyukur... contohnya, kalau kita miskin.. ada gaji atau elaun cukup makan je... nah.. cuba tengok orang yang langsung tak berduit.. hidup mereka lebih sengsara berbanding kita... maka seharusnyalah kita bersyukur kepada Allah kerana masih ada duit dan boleh sara hidup walaupun cukup makan je...

Kalau kita tak bijak memilih perbandingan, atau kita bandingkan diri kita dengan orang yang lebih tinggi dari segi taraf hidup dan sebagainya, kita akan sentiasa berasa resah, gelisah, rasa tak cukup, akhirnya tak gembira... ish.. nak ke macam tu?

Sebab itulah kita perlu tengok ke bawah, bukannya mendongak ke atas... boleh nak tengok atas.. tapi jadikanlah mereka yang di atas tu sebagai contoh dan pemangkin semangat untuk kita lebih maju ke depan... dan rajin-rajinlah jenguk mereka yang di bawah agar kita tak kufur nikmat... kelak ditimpa bala.. ish.. bala.. bala.. bala....

Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad.

Ahad
1 Rabiulakhir 1432
6 Mac 2011  

0 komen: