Hari Jumaat penghulu segala hari... biasanya mood hari ni tinggi sikit sebab esoknya cuti!
Okay, jom pegi ke rahsia nombor 4 iaitu...
Semua matlamat mesti selari
Hidup mesti ada matlamat... jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang... Buatlah seberapa banyak pun matlamat kita nak capai... tapi syaratnya mestilah selari antara satu sama lain... maknanya tak bercanggahlah...
Macam tayar kereta... keempat-empatnya mesti kena selari kan? Kalau yang kiri pusing ke kiri, yang kanan pusing ke kanan, boleh jalan ke kereta tu? Mana boleh... sebab tu penting buat alignment tayar... hehe
Begitu jugalah dengan matlamat... kesemuanya mesti menghala ke satu arah, satu kiblat yang sama... Kalau matlamat hidup kita bercanggah antara satu sama lain, kita takkan berjaya dalam hidup...
Sebagai contoh, kita teringin nak belajar jauh-jauh kat luar negaralah katakan.. tapi dalam masa yang sama kita nak sentiasa dekat dengan keluarga supaya dapat tengokkan mak kita yang kesihatannya tak menentu.. haa.. ini dah bercanggah dah ni... tak bolehlah camni... nak tak nak kena korban satu, bagi selari dengan yang lain... bukan apa, untuk kebaikan diri kita jugak... supaya hidup sentiasa ceria dan gembira...
Jumpa esok ya!
Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad.
Jumaat
29 Rabiulawal 1432
4 Mac 2011
2 komen:
matlamat..macam parallel lines..hehe
huhu nak berjaya memang perlukan pengorbanan..
saya gembira.. :D
@annenyss
gembira? bagus2 :)
Catat Ulasan