12 Mac 2011

Pantai Batu Buruk kena tempias tsunami Jepun??

Khabar angin tersebar di blog (sila klik) dan facebook.., kononnya Pantai Batu Buruk dah kena tempias tsunami kat Jepun!! Tengok video kat bawah ni...



Kononnya, video ni dirakam semalam. Macam betullah pulak kan? Kalau tak dapat tengok, klik sini.


Tengok ni pulak...




Sama kan? Lokasinya memang betul... Pantai Batu Buruk... tapi... itu kejadian air pasang besar yang berlaku 2 tahun lepas!! Kalau bukan 2 tahun lepas pun, mungkin lebih lama dari itu sebab video ni dimuat naik 2 tahun lepas...

Pendek kata, ada pihak tertentu yang sengaja nak timbulkan panik... dan orang yang tak suka mengkaji selidik pun terus sebarkan dan sebarkan dan sebarkan.....

Haa.. ini saya datang nak clearkan situasi... Pantai Batu Buruk atau mana-mana kawasan pantai di sekitar Malaysia ni belum ada yang kena tempias tsunami semalam!!

Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad.

Sabtu
7 Rabiulakhir 1432
12 Mac 2011  

0 komen: