13 Mac 2011

Habis semua nak dibatalkannya

Bila saya dapat tahu yang konsert The Times dibatalkan, saya terkejut. Berani betul Pejabat Pendaftar buat keputusan drastik camnih...

Oppss.. sebelum tu, saya nak korang yang baca ni faham... saya tak mewakili pandangan mana-mana pihak... saya bukan PMI... saya bukan Pro-M whatsoever... saya cuma mahasiswa biasa...

Ya, memanglah sebagai seorang muslim, saya tak setuju kalau The Times datang buat gig dengan suasana penuh maksiat... dengan bercampur laki pompuan... dengan terkinja-kinja bagai...

Sebab itu saya dah cukup puas hati bila MPMUTM mencapai persetujuan dengan pihak penganjur supaya The Times menjaga adab dan etika... takde percampuran laki pompuan dan sebagainya...

Tapi tiba-tiba, Pejabat Pendaftar suruh batal... dah tak pasal-pasal nama UTM jadi buruk... kepimpinan UTM dikutuk... macam-macam korang boleh baca kat sini...

Huh... hedonisme...

Sebenarnya saya tak faham makna hedonisme... boleh tolong sape-sape jelaskan? Bukan apa... saya pernah cadang nak jemput Jamal Abdillah buat konsert kat UTM ni... takut nanti dituduh hedonisme juga...

nota: Baca kenyataan maaf dan berlepas diri pihak MPMUTM di sini.

Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad.

Ahad
8 Rabiulakhir 1432
13 Mac 2011  

8 komen:

KHALID MOHD ISMATH berkata...

tak da hal lah kalau setakat panggil the times. dorang kan lelaki. nak terkinja ka, terhenjut ka, apa prob?

PMI ni pun satu hal jugak.

Tanpa Nama berkata...

wak lu faiz...
kalo ko bukan pmi ke pro m...xyah la sebut " aku bukan dari pmi aku bkn dari pro m"..
knpa ko xckp aku bukan dari kelab iqra ke...aku bukan dari evo ke...ckp maen sdp seolah2 ko nak perslhkn pmi or pro m je der...

meluat la aku tgk ko ni...

Tanpa Nama berkata...

apsal x kata "aku bukan evo,jkm ke..anak pengetua?"..paham2 je la..post nie kenyataan berlepas diri pihak faiz jamaludin..tu pasal la..hihi

shahsyaz berkata...

alah, dh bese sgt ngn utm neh...

suke btl last minute..

masterfaiz.com berkata...

sebab ada yang salah faham mengatakan saya membantah penganjuran konsert The Times sama seperti pihak PMI dan Pro-M.. bukan nak salahkan.. sebab yang batalkan tu bukan pihak PMI dan Pro-M pun kan? korang cuma desak aje.. yang ada kuasa tu pentadbiran :D

masterfaiz.com berkata...

@KHALID MOHD ISMATH
tu dia aktivis sosialis kita dah komen :))

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum..

kadang-kadang ungkapan dari hati lebih berbisa daripada apa yang terkeluar daripada mulut seseorang...

Nama UTM buruk? ia akan lebih buruk jika dilaksanakan. kenapa? ada seorang mahasiswa, tahu di mana jawapannya....

Pimpinan UTM dikutuk? Mereka sudah tersilap langkah bila mengeluarkan kenyataan yang xtentu hala. x tetap pendirian. sekali lagi, anda mahasiswa tahu di mana jawapannya....

Nak bercakap, kena faham situasi, kena faham apa yang ingin diutarakan. Forum untuk penjelasan isu hiburan ini, telah pun duar-uarkan dan dilaksanakan. Jemputan panel yang pakar dalam bidang ini. Kenapa tidak dihentam persoalan pada ketika itu.ke x dtg?

Ini perihal sensitiviti Islam. Dan Alhamdulillah kita semua seorang umat ISLAM. Tambahan, boleh rujuk Fatwa : Hiburan dari JAKIM.

Lain kali, buat la perkara yang bila dah terhantuk baru nak terngadah.Apa guna ustaz2, pentadbiran universiti dan juga pimpinan UTM...sekali lagi, anda mahasiswa tahu di mana jawapannya....

Untuk mendapat pengetahuan yang lebih tentang Hedonisme...boleh rujuk artikel2 yang ada dalam internet yang terang lagi bersuluh penerangannya...

~Nabi Muhammad saw sentiasa memaafkan umat-umatnya....

Asmah Andy berkata...

assalamualaikum...nape link last skali 2 xble bukak..? anyway, FJ ni dh t'kena virus hantu kak limah...sabo je la...huhu...=)