Alhamdulillah, wakil Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM) untuk ke Parlimen Mahasiswa UTM sudah dipilih sebentar tadi.
Beliau ialah Saudari Nur Fatin Atiqah Binti Abdul Rahman, Presiden Student of Human Resource Development (SMART).
Walau bagaimanapun, beliau akan ke parlimen sebagai wakil mahasiswa fakulti, bukan sebagai Presiden SMART. Jadi, segala isu darihal fakulti akan dibangkitkan oleh beliau di persidangan yang insya Allah akan bermula pada 10 Disember nanti.
Semoga beliau menjaga amanahnya dengan membawa suara mahasiswa FPPSM ke peringkat tertinggi di universiti sanjungan bangsa ini.
Allahumma solli 'ala sayidina Muhammad.
malam Khamis
28 Zulhijjah 1432
23 November 2011